Astro TVIQ
Astro TVIQ

Astro TVIQ

Astro TVIQ merupakan saluran berjenama Astro secara ekslusif kepada penonton Malaysian dan Indonesia yang memiliki Astro. Saluran ini terdapat di dalam pakej Astro Family. Sasaran penonton ialah kanak-kanak dalam lingkungan umur 7 hingga 17 tahun.Rancangan yang disiarkan berdasarkan pendidikan, penjelajahan, seni, sains, maklumat mengenai permainan video, pemelajaran bahasa Inggeris, motivasi, dan matematik. Kebanyakan rancangan juga turut menyiarkan bagaimana ingin memperbaiki bahasa Itali dan bahasa Jerman melalui siaran drama bahasa masing-masing. Ia juga sesuai untuk sesiapa yang ingin menduduki peperiksaan. Ia juga dapat membantu penonton memperbaiki bahasa mereka.Rancangan-rancangan yang terdapat pada saluran ini diambil daripada beberapa stesen televisyen antarabangsa popular iaitu History Channel, British Broadcasting Corporation (BBC), Kids Central, dan rancangan di Amerika Syarikat dan Australia. Selain itu, terdapat rancangan yang dihasilkan oleh Astro sendiri.Sejak 1 Mac 2006, slot rancangan G4 bersiaran di Astro TVIQ dan ia tidak mendapat sambutan berbanding saluran pendidikan kembarnya iaitu TV Pendidikan.Astro TVIQ boleh didapati di Astro melalui saluran 610. Di Indonesia, ia boleh didapati di saluran 20 menerusi Astro Nusantara.